Sunday, May 1, 2011

3 Jenis Manusia

ALLAH cinta dan kasih pada 3 jenis manusia.

ALLAH berfirman yang bermaksud, “..Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya ALLAH menyukai(mencintai) orang yang berbuat baik.” (Al-Baqarah: 195)

Jelas bahawa ALLAH memang mengasihi orang yang melakukan kebaikan. Orang yang baik bererti baik akhlak dan tingkah lakunya. Dia akan melakukan yang baik-baik saja. Ini kerana dia sedar hidup ini adalah kesempatan untuk mengumpul kebaikan. Dengan kebaikan itu, maka turunlah rahmat ALLAH .

Sebaliknya ALLAH membenci orang yang berperi laku jahat dan berakhlak buruk. Kederhakaan manusia menyebabkan turunnya kemurkaan dan bala dari ALLAH s.w.t.

Dalam sebuah hadis Qudsi, ALLAH berfirman yang bermaksud:
Aku cintakan tiga jenis manusia, tetapi Aku jauh lebih cinta kepada tiga jenis manusia lainnya iaitu:
1. Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tetapi Aku lebih cinta orang miskin yang pemurah.
2. Aku cintakan orang yang rendah hati dan diri, tetapi Aku lebih cinta orang kaya yang rendah hati.
3. Aku cintakan orang yang bertaubat, tetapi Aku lebih cinta orang muda yang bertaubat.

Peluang berbuat kebaikan memang banyak, tidak terhad kepada orang kaya sahaja. Malah orang miskin dan kurang berada juga berpeluang untuk melakukan kebaikan. Allah sememangnya tidak memandang pada darjat dan kedudukan.


~Subhanallah~

No comments:

Post a Comment